Wednesday, April 21, 2010
Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia
Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:
JAWATAN : GURU DG41
Bidang : Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sejarah, Agama Islam, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan mana-mana bahasa pilihan.
Syarat lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Jawatan Guru (DG41)
(a) (i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
dan
(b) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Tambahan:
(c) Fasih dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam BM dan BI, mempunyai pengetahuan dalam bidang yang ingin diajar, berminat untuk mengajar pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi, boleh menerima cabaran dari murid-murid pintar, Kreatif, kritis dan komited, bersedia untuk mengadaptasi kurikulum dan sukatan pelajaran bagi menyesuaikan dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas, bersedia untuk menghadiri sesi latihan atau kursus sekiranya ditawarkan dan sihat dari segi emosi dan fizikal.
Penetapan Gaji Permulaan
Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred DG41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan.
Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
JADUAL GAJI DG41
P1T1 RM1695.85 - P1T27 RM4645.85
P2T1 RM1790.47 - P2T27 RM4924.12
P3T1 RM1889.27 - P3T27 RM5226.19
Umur:
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Pegawai sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.
i) Borang permohonan boleh didapati daripada :-
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
dengan menghantar sampul surat berukuran 23sm x 11sm (4"x 9") bersetem 30sen, beralamat sendiri dan menulis nama jawatan disebelah atas kiri sampul surat ATAU
ii) mencetak borang permohonan seperti berikut : Borang Jawatan Akademik
Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
Pegawai Yang Berkhidmat Di Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah :
Memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan salinan dokumen (mana yang berkenaan) seperti berikut:
- Sijil Kelahiran
-Kad Pengenalan (depan/belakang)
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Sijil Tinggi Persekolahan (STPM)
- Diploma
- Ijazah
- Serta lain-lain dokumen sokongan ke alamat di atas
- Salinan Slip Gaji Terakhir
TARIKH TUTUP : 3 MEI 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment