BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2010
IKLAN JAWATAN KOSONG |
Permohonan adalah dipelawa kepada calon yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah bagi mengisi jawatan berikut :
BIL. | JAWATAN ANGGOTA SAMBILAN | TARIKH TUTUP PERMOHONAN | TEMPOH PERKHIDMATAN | GAJI HARIAN (BELUM TERMASUK ELAUN) |
1. | Penyelia | 15 Mei 2010 | 14 Jun hingga 10 Sept. 2010 | RM 52.37 sehari |
2. | Pembanci | 20 Mei 2010 | 28 Jun hingga 22 Ogos 2010 | RM 35.73 sehari |
SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN :
1. PENYELIA
a) Kerakyatan | : | Warganegara Malaysia. |
b) Kelulusan Akademik dan Pengalaman | : | Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya. ATAU Pegawai yang sedang berkhidmat bagi kumpulan sokongan daripada Gred 27 hingga 39. ATAU Pegawai yang sedang berkhidmat sekurang-kurang 8 tahun di dalam kumpulan sokongan daripada gred 17 hingga 26. |
c) Umur Minimum | : | 18 tahun pada tarikh temuduga. |
d) Bahasa | : | Berkebolehan bertutur dan memahami bahasa yang paling luas digunakan di kawasan penyeliaannya. |
e) Berkebiasaan dengan Kawasan | : | Seberapa boleh calon hendaklah terdiri daripada mereka yang biasa dengan kawasan tempatan. |
f) Pengangkutan | : | Keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang mempunyai kemudahan pengangkutan sendiri terutamanya bagi mereka yang ditugaskan di kawasan luar bandar. |
g) Kematangan | : | Matang dan berkebolehan melatih dan menyelia Pembanci di bawah jagaannya. |
2. PEMBANCI
a) Kerakyatan | : | Warganegara Malaysia. |
b) Kelulusan Akademik dan Pengalaman | : | Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya. ATAU Pegawai yang sedang berkhidmat bagi kumpulan sokongan daripada Gred 17 hingga 26. |
c) Umur Minimum | : | 18 tahun pada tarikh temuduga. |
d) Bahasa | : | Berkebolehan bertutur dan memahami bahasa yang paling luas digunakan di kawasan bancian. |
e) Berkebiasaan dengan Kawasan | : | Seberapa boleh calon hendaklah dipilih daripada mereka yang biasa dengan kawasan tempatan. |
f) Pengangkutan | : | Keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang mempunyai kemudahan pengangkutan sendiri terutama bagi mereka yang ditugaskan di kawasan luar bandar. |
CARA MEMOHON
1. | Borang permohonan boleh didapati dari Pejabat Daerah Dan Tanah yang berhampiran di mana calon tersebut akan berkhidmat atau di Pejabat Negeri, Jabatan Perangkaan Malaysia. ( Bagi Negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor borang-borang boleh diperolehi/ dihantar ke Pejabat Negeri, Jabatan Perangkaan Malaysia atau Jabatan Penerangan Negeri/Daerah ). atau DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN |
2 | Borang permohonan hendaklah dilengkapkan dengan dokumen berikut:- a. Gambar berukuran pasport (lekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan); b. 1 salinan kad pengenalan yang disahkan; c. Salinan Diploma dan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan yang disahkan; |
3. | Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:- |
Alamat Lengkap ( Berdasarkan Perkara 1 seperti di atas )
4. | Permohonan yang ditolak : a. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan dan tidak disahkan; b. Tidak lengkap atau tidak terang; c. Tidak ditandatangani; |
CATATAN :
Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan temuduga diadakan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
No comments:
Post a Comment