Monday, March 19, 2012

TAWARAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN 2012

 Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN.
 
Biasiswa ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia.
 
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
 
(a) Syarat Asas
 
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
 
(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum
 
(i) Pelajar STPM / Asas / Matrikulasi yang lulus minimum PNGK 3.75
(ii) Pemohon juga dibuka kepada pelajar-pelajar yang sedang dalam pengajian ijazah pertama Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dalam negara jika mencapai minimum PNGK 3.75.
(iii) Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
(iv) Memiliki kualiti kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam kokurikulum (terutama di peringkat luar sekolah /universiti)
 
(e) Syarat Tambahan
 
(i) Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk Negara sekurang-kurangnya lima (5) tahun selepas tamat pengajian yang ditaja.
 
 
KADAR BIASISWA
Kadar Biasiswa adalah seperti berikut:
 
(i) Yuran Pengajian mengikut kadar yuran sebenar yang dituntut oleh universiti.
(ii) Elaun Sara Hidup bernilai RM1,000 sebulan.
(iii) Elaun Buku bernilai RM500 / semester.
(iv) Elaun-elaun berkaitan pengajian seperti tesis, elaun latihan amali / kertas projek, elaun alat perkakas (sekali setahun).
(v) Tambang penerbangan (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah & Sarawak dan pelajar Sabah & Sarawak yang belajar di Semenanjung).
 
 
PERMOHONAN
Calon yang layak boleh mendapatkan Borang Permohonan BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN dengan memuat turun daripada laman web YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN di: www.yayasantar.org.my.
 
SEMUA PERMOHONAN DARIPADA PEMOHON YANG SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA DI IPT TEMPATAN DALAM NEGARA MESTI DIBUAT MELALUI TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR) UNIVERSITI ANDA.
 
 
Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2012

    Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi program pemerhatian dan temuduga
    Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun dokumen di bawah:

No comments:

Post a Comment